Sunday, March 8, 2009

Dugaan Guru Kehidupan



Di sebalik duka, sebenarnya ada cahaya. Apabila seseorang itu di dalam keadaan terdesak atau tersepit, mindanya akan menjadi kreatif. Mereka akan berusaha berfikir di 'luar kotak' untuk mencari sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain.
Dan sekiranya kita mengetahui betapa berharganya diri kita ini, pasti kita tidak menganggap masalah yang berlaku hari ini sebagai satu tekanan, sebaliknya cabaran demi cabaran yang diturunkan kepada kita umpama proses berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilaluinya, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian hidup yang kita tempuh, semakin bernilai pula kehidupan kita. Jangan bimbang, keluarkanlah berlian itu daripada dalam diri kita. Cahayanya pasti akan menerangi kehidupan ini.

1 comments:

Tirana said...

Masalah merupakan cabaran yang datang dalam kehidupan untuk mematangkan kita...

Selamat menyambut maulidur rasul