Sunday, February 15, 2009

Cerita Tentang Katak Kecil



Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yg berlumba-lumba. Tujuannya adalah utk mencapai puncak sebuah menara yg sgt tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara utk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta. Perlumbaan pn dimulakan.

Secara jujur..

Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yg berkata..

"Oh, jalannya terlalu susahhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak".

atau..

"Tidak ada kesempatan utk berjaya.. menaranya terlalu tinggi..!!"

Katak-katak kecil mula berjatuhan. Satu persatu.. kecuali mereka yg tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi.. dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak..

"Terlalu susah!! Tak seekor pun yg akan berjaya!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi.. ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi.. Dia tidak mahu nenyerah kalah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai ke PUNCAK.

Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak kecil ini boleh melakukannya. Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yg berjaya itu mempunyai kekuatan utk mencapai tujuan. Ternyata..

Katak yg menjadi pemenang itu PEKAK!!

Moral of the story..

Jgn sesekali mendengar kata org lain yg mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis.. kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yg ada kerana segala sesuatu yg kau dgr dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu.

Kerana itu.. selalulah tetap..

POSITIVE!!

Dan yg penting..

Bersikap PEKAK jika ada org menyatakan bahawa kamu tidak boleh mencapai cita-citamu.

Selalulah berfikir..

I can do this!

0 comments: