Tuesday, February 17, 2009

Renungan Bersama...




Perjalanan hidup akan menunjukkan karakter peribadi seseorang.
Dan,tidaklah seseorang itu akan eksis (dipandang), kecuali dari bagaimana ia mengolah dirinya sendiri.

Manusia terbagi dalam empat golongan :

1. Orang yang mengerti dan mengerti bahawa ia mengerti, itulah orang pandai, maka ikutilah dia.
2. Orang yang mengerti tapi tidak mengerti bahawa ia mengerti, itulah orang yang lalai, maka peringatilah ia.
3. Orang yang tidak mengerti dan ia mengerti bahwa ia tidak mengerti, itulah orang yang sedar diri, maka ajarkanlah ia.
4. Orang yang tidak mengerti dan tidak mengerti bahwa ia tidak mengerti, itulah orang yang bodoh, maka tinggalkanlah ia.

Sesuatu yang paling disukai oleh manusia adalah yang dilarang baginya.
Manusia adalah pengikut bagi siapa yang menang.
Kebanggaan Seseorang dengan kelebihan (diri)-nya, lebih utama dari pada kebanggaan seseorang dengan asal keturunannya.

“Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan”.

“Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain”.

“Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi”.

“Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal”.

“Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu”.

“Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda”.

“Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain”.

“Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya”.

“Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah”.

“Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini”.

Mutiara Kata:

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”.

“Iman itu dibangun atas empat tiang : Yakin, Sabar, Jihad dan Adil
Sabar dan Iman adalah seperti kepala dan tubuh.
Tidak ada tubuh bagi orang yang tiada mempunyai kepala.
Dan tiada Iman bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran”.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Satu penulisan yang baik dan bermanfaat. Teruskan usaha berkarya disamping membangunkan perniagaan. Komen saya, biasanya wanita cantik lebih mudah naik pangkat walaupun wanita yang sedikit kurang cantik (bukan tak cantik) mempunyai lebih ilmu, pengalaman dan berwawasan.

YaSmIn said...

salam.. tq..
cantik atau kurang cantik bukan menjadi ukuran.. yg penting semangat dan usaha yg berterusan.. insyaallah..